Power Window

Power windows (tingkap kuasa) adalah tingkap pada kereta yang dijana dengan kuasa elektrik untuk digerakkan sama ada naik atau turun. Dengan hanya menekan satu suis, tingkap pada kereta boleh dinaikkan dengan mudah berbanding penggunaan daya mekanikal iaitu engkol yang perlu dipusing beberapa kali mengikut tindakan pergerakan tingkap tersebut.
Dalam buku ‘The Fall of Packard Motor Car Company’ menyatakan bahawa Packard telah memperkenalkan sistem power window yang pertama (bersama dengan sistem penghawa dingin automotif) pada tahun 1940. Ia adalah sistem hidro-elektrik dan tidak boleh digunakan termasuk kerusi kuasa.
Power window sebenarnya diilhamkan untuk membantu dalam keperluan dan kehendak untuk menggerakkan gaya badan yang boleh diubah-ubah naik atau turun dengan menggunakan selain daripada tenaga manusia.
Malaysia yang dahulunya menggunakan kaedah manual untuk menggerakkan cermin tingkap kereta, kini tidak ketinggalan juga turut mempraktikkan transformasi bagi teknologi industri automobil tersebut. Boleh dikatakan pada setiap kereta buatan Malaysia kini menggunakan sistem power window yang dipersetujui oleh semua pengguna bahawa ia amat memudahkan penggunanya. Terdapat dua jenis sistem power window yang digunakan dengan meluas kini di Malaysia iaitu, Sector Gear Window Regulator dan Flexible Drive Window Regulator.
Cara kerja bagi Sector Gear Window Regulator ialah apabila cermin tingkap berada pada kedudukan bawah, spiral spring akan berada dalam keadaan tekanan. Apabila cermin tingkap dinaikkan ke atas, tekanan spiral spring akan membantu menolak cermin untuk naik
ke atas. Tekanan dari spiral spring ini penting bagi mengurangkan beban berat cermin tingkap yang dikenakan motor sewaktu cermin dinaikkan.
Seterusnya, Flexible Drive Window Regulator pula menggunakan gear jenis rack and pinion. Pinion gear berada di bahagian akhir  moto shaft, sementara rack mempunyai gear yang boleh lentur (flexible). Satu hujung rack disambung pada cermin tingkap kereta. Gerak kerja sistem ini adalah, apabila motor berpusing, rack akan bergerak ke bawah dan ke atas untuk menggerakkan cermin tingkap.
Satu lagi sistem yang boleh dikatakan agak baru bertapak di negara kita, iaitu sistem FLI iaitu akronim bagi (Force Limitation Intervention). Sistem ini direka bagi menitik beratkan ciri keselamatan. Sebagai contoh, cermin tingkap akan turun secara automatik apabila sesuatu objek atau tangan menghalang pergerakan naik cermin tingkap kereta yang menggunakan sistem ini. Kelebihan pada sistem FLI ialah ia mempunyai komponen bernama ’Hall Sensor’ yang berfungsi untuk mengesan kelajuan motor power window semasa cermin tingkap dinaikkan. Hall sensor dipasang pada papan litar pada door control unit, sama paras dengan spindle motor.

                             Struktur binaan Power Windows