Basic Benchwork

Monday, August 30, 2010

Pengenalan kepada Pahat

Pahat adalah alatan tangan bagi kerja-kerja menggegas. Ia mestilah digunakan bersama tukul biasa atau tukul pneumatik bagi tujuan menggerakkan ia semasa proses memahat. Pahat ditempa mengikut saiz dan bentuk tertentu. Sebagaiman kikir, pahat juga adalah sebahagian daripada alat tangan yang diperbuat daripada keluli bermutu tinggi yang dikeraskan dan dibaja. Pahat digunakan untuk memotong, menatal,atau membuang logam.

Keterangan terperinci Pahat



PENGENALAN

Teknologi Kejuruteraan Jaminan Kualiti adalah salah satu kursus yang terdapat di Pusat Latihan Pengajar & Kemahiran Lanjutan (CIAST), Shah Alam. Ia mengandungi lebih kurang 20  modul daripada semester 1 hingga 5 (tidak termasuk subjek umum) seperti Metrology and Calibration, Measuring and Testing Management, Meterial Properties, Quality Improvement Project dan banyak lagi.

Di sini saya akan memaparkan isi kandungan beberapa modul yang terdapat dalam kursus ini. Jadi, bacalah dan hayatilah laman ini untuk dijadikan rujukan penambah bacaan wacana ilmiah. Insya Allah, ia akan membantu para pembaca sedikit sebanyak. "Hasbunallah Wa Ni'mal Wakill.'